I FOLLOW

Sabtu, 26 Oktober 2013

Kemahiran dicari, Poket berisi : Part 2

kali ini gigeh menuntut ilmu lagi dengan Cikgu Norlia Zabri.

 Dek penangan kelas yang sebelum nie maka diri ini tidak teragak-agak lagi nak joint kelas

jahitan patch lace pulak ,ader hati nak jahit manik at lace pulak hu hu hu hu

anyway kelas nie memang enjoy yerlah kelas jahit-menjahit kan....

just perlu perah otak jer tuk cari idea yg lebih kreatif tuk 

ZBZ Craft & Cikgu Norlia Zabri 
hasilnya patch lace

menghasilkan'wow'...... barulah org tergamam jap kan......

act kelas nie pon a part of my list tuk attend juga.

cuma skrg br sesuai nak joint coz br free ckit tp q order pon blh tahan juga

dan yang bestnyer dapat berkongsi kemahiran menjahit patch lace

dengan semua peserta yang hadir.

kepada yang berminat nak attent sila KLIK SINI tuk tgk jadualnya.

happy enjoy feeling.......

Khamis, 24 Oktober 2013

Bantal Felt Couple : Nas & Akma

"Selamat Pengantin Baru kepada Nas & Akma".

Semoga kekal hingga hujung nyawa. Amin......

saiz 40cm x 40cm
materials poly felt, fiber, kain flannel
 nak order KLIK SINI

Selasa, 22 Oktober 2013

Bantal Felt Love Shape : Just Married, Nas & Akma


First of all nak wish "Selamat Pengantin Baru kepada Nas & Akma".

Semoga kekal hingga hujung nyawa. Amin......

saiz 40cm x 40cm
materials poly felt, fiber, kain flannel
nak order jom KLIK SINI

Ahad, 20 Oktober 2013

Keychain Alpabet Button


keychain nama

hai salam sejahtera semua. semoga semuanya sejahtera selalu.

untuk kali nie nak share buat keychain nama.

act nie 1st time buat keychain nama.

senang jew nak buat coz guna huruf2 yang sudah siap

dan perlu jahit sahaja pd kain felt.

untuk keychain nie xguna fiber pon.

kain felt poly amat sesuai untuk buat keychain nama mcm nie coz dia keras ckit.

untuk makluman setiap huruf dicharge RM0.40.

so kepada smua happy enjoy feeling.

so kalau nak order jom KLIK SINI


Jumaat, 18 Oktober 2013

Kemahiran dicari, Poket berisi : Part 1


sebenarnya sudah lama sangat terigin nak belajar buat menda nie.

nak belajar nie pon g attend kelas bagai.

yerlah kalau stakat nak buat cikai2 xperlu lah nak attend kelas kot.

syukur alhamdulillah impian sudah jadi realiti

apabila dah dapat belajar step by step A to Z jahitan manik crumble.

ummm memang suka sangat...memang giler main manik ler lepah nih.....walaupon masih xder idea nak buat

ZBZ Craft & Cikgu Norlia Zabri

hasil kerja 1

hasil kerja 2


untuk makluman kelas ini telah dikendalikan oleh Cikgu Norlia Zabri.

Cikgu nie memang xperience giler coz dah tiga tahun wat bizz secara online.

boleh d katakan suri rumah sepenuh masa yang berkerjaya nie.  
duduk rumah goyang2 kaki duit pon masyukkkkk

So x nak cakap byk2 bukak jerk fb Cikgu Norlia Zabri jgn luper LIKE

n sure korang menjerit2 anak nak anto baju suroh jahit labuci bagai.

memang xcukup masa jew blaja jahit nie bertempat di Karysma Store

so kepada korang yang memang nak menambah kemahiran  
dalam bidang jahitan mcm Admin nih

di samping boleh menjana pendapatan silalah buka selalu fb Karysma Store nie

coz every weekend ader kelas jahitan yang dianjurkan

dengan yuran yang berpatotan.

LELAKI pon boleh attend kelas nie d samping berkongsi kemahiran.

 happy feeling .........

Sabtu, 5 Oktober 2013

Brooch Bunga Kemboja Dua Tone


Hai salam sejahtera semua. 

untuk kali nie nak share lagi buat brooch bunga kemboja dua tone

act dah penah buat dah design nie. 

mmg comel n cute coz letak manik kat tengah2 tuuu... so cute kan...


Brooch bunga kemboja dua tone
materials arcyllic felt

untuk tempahan boleh start order now

Khamis, 26 September 2013

Keychain Owl with Polkadot untuk baby Damiya

hai salam sejahtera semuo.

moga-moga sihat sejahtera selalu.

untuk hari nie nak share buat keychain owl.

act mmg dah selalu buat keychain nie tp fabrik jer berlainan.

untuk design nie utk bahagian perut owl sahaja digunakan felt polkadot.

nampaklah ader kelainan sikit kan. xler boring. tp ader gak my cust  kater ai guna marker pen... adoiiiiiiii

act keychain nie special tuk tetamu pada hari kesyukuran baby Damiya nanti.

Uncle doakan semoga majlis nanti berjalan dengan lancar .Amin.





keychain owl with polkodot
materials poly felt &  arcylic felt

kepada yang berminat jom order now

Isnin, 16 September 2013

ZBZ Craft & PUSPANITA

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Hai apa khabar semua...

 mungkin ada yang ternanti-nantikan entri ini...sajer nak kasi hot.hu hu hu.

Pada 12 September yang lepas,  berkesempatan lagi  buka booth di Hospital Ampang. 

padahal last week pon dah buka booth juga.so on rekod now booth yang ke-3 lah nie.happy sangatttttttttt.
 
Ini bersempena dengan satu program yang dianjurkan oleh  

Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia 

atau dengan nama singkatannya  ( PUSPANITA ).



Program ini dikendalikan oleh PUSPANITA 

Cawangan Kecil Hospital Ampang bersama dengan ahli-ahlinya.

Program : Seminar Wanita "Penyejuk Mata, Penawar Hati"
Tempat : Auditorium Hospital Ampang
Tarikh : 12 September 2013





  Mungkin yang mana bekerja disektor awam pasti tahu kan PUSPANITA niee...

Di sini Admin nak kongsikan sedikit info about PUSPANITA : jom baca jap

Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia dengan nama singkatannya PUSPANITA, telah dilancarkan dengan rasminya pada 1 Mac 1983 oleh Penaung PUSPANITA yang pertama, Tun Dr. Siti Hasmah Binti Haji Mohd Ali. Di peringkat awal penubuhannya, PUSPANITA melalui pelbagai proses bagi melengkapkannya sebagai sebuah persatuan yang berdaftar dan diterima oleh semua pihak terutamanya di peringkat pengurusan atasan dan ahli-ahli.
Ahli-ahli Jawatankuasa protem ketika itu telah berusaha keras membentuk perlembagaan yang mengandungi butir-butir mengenai pertubuhan tersebut seperti visi, misi, tujuan penubuhan, keanggotaan serta tanggung-jawab Majlis Tertinggi (MT) dan Jawatankuasa Kerja Tertinggi (JKT). Bagi mengukuhkan kedudukan pertubuhan, Perlembagaan PUSPANITA telah menetapkan bahawa Isteri Perdana Menteri akan menjadi Penaung, Ketua Setiausaha Negara akan menjadi Penasihat dan dan isteri Ketua Setiausaha Negara adalah Yang Di Pertua kepada persatuan ini.
Satu lagi kejayaan yang amat dibanggakan adalah Rumah PUSPANITA di Jalan Hose, Kuala Lumpur dan PUSPANITAPURI sebagai pusat aktiviti dan mercu tanda kegemilangan. PUSPANITA juga mempunyai pakaian seragamnya yang tersendiri sebagai lambang penyatuan ahli-ahli. Pelbagai program dan aktiviti telah disusun dan dilaksanakan oleh PUSPANITA untuk mencapai visi dan misinya.
Antaranya adalah Rancangan Lima Tahun PUSPANITA, Tabung PUSPADARA PUSPANITA dan Tabung Latihan PUSPANITA. Kejayaan PUSPANITA adalah hasil kebijaksanaan kepimpinan penaung dan penasihatnya. Ini diikuti dengan kerjasama dan sokongan padu Majlis Tertinggi (MT), Jawatankuasa Kerja Tertinggi (JKT) serta warga PUSPANITA.






Dalam masa yang sama juga, Admin juga berkesempatan

 berkongsi ilmu serta kemahiran dengan ahli-ahli PUSPANITA dalam bidang kraftangan felt,

bukan sahaja dihadiri oleh ahlinya dari  Hospital Ampang, 

tetapi juga turut dihadiri oleh ahlinya dari

Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan juga Institute for Medical Research (IMR)

Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan. 

Tak sangka pula ader yang berminat nak sertai tutorial 

buat brooch bunga kemboja dua layer nie di segmen "Kemahiran di cari, poket berisi"

Walaupun program ini berlangsung setengahari sahaja, 

namum aktivitinya padat serta penuh dengan informasi.


Lastly nak ucapkan special thanks kepada Pn. Norhafizah 
selaku setiausaha PUSPANITA, di atas jemputan ini.

Terima kasih juga kepada semua AJK bertugas 

yang memang sporting memastikan kelancaran majlis serta
 orang perseorangan yang terlibat secara langsung atau tidak dan korang smua memang terbaikkkkkkkk.

Terima kasih juga kepada semua ahli-ahli PUSPANITA yang memang sporting gilerrr.

Terima kasih juga kepada Pn. Ida tukang amik gambo.

Next time, jika ada peluang kita buat kelas kraftangan felt pula.

dan terima kasih sudi singgah at my booth & yang paling happy dapat nie

terima kasih Dr. Jamelaa, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Hospital Ampang

Semoga berjumpa lagi next time. InsyaALLAH. Amin.

Terima Kasih Daun Keladi,
Next Time Jemput lagi.

terima kasih juga kerana sudi baca n3 ini
tq too our silent reader



Rabu, 11 September 2013

SMKTD2 The Best

Pada 7 September 2013 yang lepas, 

selesai sudah buka booth di SMK Taman Desa 2 

Bandar Country Homes Rawang Selangor.

Booth ini dianjurkan bersempena dengan satu program yang dianjurkan

Ini adalah kali ke-2 meng'joint'kan diri buka booth.

Bila plan nak buka booth mestilah targetnya kepada siapa kan.

Yang pasti keychain dan seangkatan dengannya 

adalah item yang senang untuk dijual

dan harga pon amat-amat berpatotan untuk pelajar.

sambutan yang diberikan memang "wow" sangat oleh para pelajar,

guru-guru serta ibubapa terhadap booth kami. 

yang bestnyer bila melihat gelagat para pelajar 

yang pasti berulang-ulang kali lalu lalang depan booth kami 
 
kerana handymade kami berjaya menawan mata mereka ,mood perasan

Memang seronok tidak terkata dek melayan karenah mereka. 

Secara tidak langsungnya dapat memperkenalkan lagi 

brand handymade kami kepada mereka.





nak ucapkan special thanks Cikgu Rosliza 
(urusetia tapak, terima kasih cikgu coz bagi good location) , 

Cikgu Zarinah dah juga a few pelajar yang tolong angkut barang craft kami.

terima kasih diatas kerjasama yang diberikan.



  akhir kata

syukur kehadrat Ilahi diatas peluang yang diberikan. 

Syukur juga diberikan kesihatan yang baik serta idea untuk bercraft,

tidak lupa juga kepada our my family, kekawan, rakan-rakan crafter,

all my business partner yang selalu memberi sokongan serta dorongan. 

tanpa anda kami tidak sampai ketahap ini. 
 maaf  jika ayat macam skema, adakalanya kita perlu menghargai orang disekeliling kita

Terima kasih juga semua warga SMKTD2 serta PIBG 

yang singgah di booth kami.
 
InsyaAllah jika diberi peluang serta kesempatan akan berjumpa lagi. Amin

SMKD2 The Best 

Selasa, 10 September 2013

Kotak Tisu Felt : Bunga Meletop


hai apa khabar semua. semoga semuanya sejahtera selalu

hari jom layan lagi kotak tisu felt bunga meletop

yang sememengnya cantik n kiut miut

memang wow n wow kan.

jenuh juga nak jahit nie

so anyway mmg puas hati bila dah siap

untuk makluman semua, bunga ini di jahit sepenuhnya pada body kotak tisu 

satu demi persatu dan dicantumkan, 

maka dengan itu terhasillah bunga yang seperti mekar dihati




Nama Design : Kotak Tisu Felt Bunga Meletop
Isian 200pcs tisu
Materials : Poly Felt, Soft Poly
FREE dengan tisunya sekali
Harga :  RM60.00

Happy enjoy viewving

Isnin, 9 September 2013

Kotak Tisu Felt : Moo


Salam sejahtera kepada semua. hari nie masih lagi kepenatan

act order nie dah siap sebelum buka booth at SMKTD2 tempoh hari. 

kerana kekangan masa ader post yg terdelay sikit. 

hopefully my cust puas hati 

order nie jauh nun  seberang laut sana

didedikasikan untuk teman tersayang.

 

Nama Design : Kotak Tisu Felt Moo
Isian untuk 200pcs tisu
Materials : Poly Felt
FREE dengan tisunya sekali.
Harga : RM30.00

kepada yang berminat jom order

Happy enjoy viewving

Ahad, 8 September 2013

Brooch Bunga Rose

sebelum ini dah pernah buat brooch 

tapi untuk brooch bunga rose ini adalah pertama kali buat.

cantik dipandang tapi sukar untuk membentuknya.

kesabaran amat diperlukan untuk menghasilkan brooch ini.

barulah hasilnya cantik n kiut miut

bila dah siap gulung-gulung sambil guling guling

barulah lekatkan dengan gam UHU n muah sangat hasilnya.


Bunga Rose Felt Saiz Besar
Materials : Arcylic felt

yang berminat nak order jom lerr


Jumaat, 6 September 2013

Minggu ini masih mood bz lagi

Dari minggu lepas hingga minggu ini masih dalam keadaan bz.
terlalu aktif sangat, rasanya mcm dah muscle ckit jer pd lengan nih.

inilah rutin kerja harian dalam mengisi masa yang teramat lapang.

act bz tu bagus coz ader xtviti tuk d buat. tp jgn buat2 bz mmg xder faedahnya

mungkin keadaan ini akan lagi berlarutan hingga next week.
aduh penatnyer jari-jemari ini.


xder k spa tuk jari nih....

kepada yang nak order boleh lagi nak order, tp Q ckit jerr.


Ahad, 1 September 2013

Hari Baca Buku


Bilakah agaknya hari terakhir membaca buka? 

Bila diingat memang pernah baca buku 

untuk mencari maklumat, 

menambah pengetahuan serta untuk persediaaan ambil "exam".

 Tapi buku yang ini pula untuk menambah kemahiran berkomunikasi.

Baca tajuk dah naik gerun, 

kerana tidak semua orang mampu untuk memberi komunikasi 

(pengucapan awam) dikhalayak ramai dengan baik 

dan sempurna ( mengikut intonasi, gaya bahasa dan sebagainya ). 

Oleh itu kemahiran perlu diasah dan 

bakat perlu ditonjolkan supaya cara penyampaian anda membuatkan

 audience terlopong berminat mendengarnya.

Bersetuju sangat dengan idea pengarang :

"dalam menuju pengucapan awam yang baik, anda perlu yakin bahawa tidak ada ucapan yang sempurna. Salah sebutan, hilang memori dan fakta sememangnya berlaku ketika menyampaikan ucapan. Tidak ada ucapan yang begitu sempurna. Oleh itu, anda tidak perlu rasa gusar sekiranya ada kesalahan-kesalahan kecil semasa anda menyampaikan ucapan"

Lega sikit rasa gementar apabila pengarang kata macam tu. 

Tapi cuak-cuak ader lagi nih. 

Tapi adakah mampu ZBZ Craft mengharungi cabaran ini.

 Jumpa di entri seterusnya nanti.

Jumaat, 30 Ogos 2013

ZBZ Craft at Program CERIATHON SMKTD2


salam sejahtera kepada semua

untuk makluman, ZBZ Craft akan buka craft booth:

Tarikh : 7 September 2013 ( Sabtu )

Masa : 8 pagi - 2 petang

Jalan Desa Jaya
Bandar Country Homes 
48000 Rawang 
Selangor Darul Ehsan


Kepada yang tinggal di sekitarnya  jemput datang semua untuk memeriahkan suasana. Seperti biasa ZBZ Craft akan menjual pelbagai keychain, kotak tisu felt, bantal bunga felt, ZBZ Kit dan juga mesin jahit brother GS2700.

JUMPA ANDA DI SANA


Sedikit maklumat tambahan:

 Tujuan utama Program CERITHON 2013 ini diadakan untuk mengutip dana 

bagi tujuan pembinaan sebuah dewan terbuka untuk kegunaan  perhimpunan , 

aktiviti kokurikulum dan lain-lain. 

Kos anggaran untuk pembinaan dewan ini adalah RM 200 000.00. 

Semoga program ini dapat merialisasikan impian serta hajat SMKTD2 

untuk memiliki sebuah dewan nanti. 

Oleh itu juga peranan PIBG sekolah juga perlu dalam menjayakan program ini. 

Akhir kata semoga SMKTD2 terus maju jaya dan SMKTD2 The Best.


Khamis, 29 Ogos 2013

'Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku'

 Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan 

fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. 

Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri

 daripada cengkaman kuasa asing seterusnya

 berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah. 

Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh 

penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan negara. 

Menjadi tanggungjawab rakyat generasi baru hari ini untuk mengenang dan menghayati erti 

kemerdekaan. Tugas kita pada hari ini adalah memenuhi dada dengan ilmu pengetahuan 

agar kemerdekaan yang dimiliki dapat dipertahankan dan dikekalkan. Tanpa ilmu 

pengetahuan, kemerdekaan yang baru sahaja diperolehi amat rapuh.

 Selamat menyambut hari kemerdekaan negara ke- 56 tahun

bertemakan 'Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku'

Merdeka Merdeka Merdeka

Sabtu, 17 Ogos 2013

PROMOSI MESIN JAHIT BROTHER GS2700 + EXTENSION WIDE TABLE + BOBBIN BOX (include bobbin) + PERCUMA ALAS MESIN JAHIT

 PROMOSI TERKINI dari ZBZ Craft

Mesin Jahit Brother GS2700 + Extension Wide Table + Bobbin Box Organizer (included bobbin) + PERCUMA alas mesin jahit = berharga RM 985.00

 jika berminat tapi tidak cukup budget boleh buat bayaran ansuran.

dan barang akan dapat setelah bayaran selesai. 

Terma ini sama seperti promosi terdahulu 0% interest & sementara stok masih ada.

harga yang ditawarkan tidak termasuk kos penghantaran.

untuk maklumat lanjut boleh hubungi 013 230 8511

Bobbin Box Organizer

  • aksesori untuk simpan bobbin yang telah siap digulung  
  • mempunyai 25 tempat untuk menyimpan bobbin 
  • PERCUMA dengan 25pcs bobbin


Apakah itu "EXTENSION WIDE TABLE" ?
  • salah satu aksesori tambahan untuk mesin jahit portable
  • ianya melancarkan kerja menjahit kerana senang untuk bentangkan kain apabila ada wide table
  • selain itu juga ianya memberi sokongan pada lengan tagan anda  semasa menjahit.
  • senang citer ianya melancarkan kerja menjahit anda

Info
  • amat sesuai kepada mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia menjahit.
  • mesin GS2700 adalah sebuah mesin jahit elektrik
  • mempunyai 27 jenis jahitan
  • tidak menyakitkan mata ketika menjahit kerana lampu LED bewarna putih dan memudahkan kerja  menjahit.
  • tutorial dalam bentuk CD disediakan kepada mereka yang memang tidak pernah menggunakan mesin jahit.
  • jika tidak faham English tidak jadi masalah kerana gambarajah yang ditunjukkan amat jelas sekali dan amat membantu

General info
  • ada lampu LED
  • mempunyai 27 jenis corak jahitan
  • amat mudah memasukkan jarum
  • semi auto threader
  • mudah sekali untuk membuat lubang butang
  • di datangkan dengan CD untuk membantu anda
  • berat 7.1 kg
  • Jaminan SETAHUN  

Apakah yang anda dapat dengan harga RM985.00 ini? 


 Sebuah mesin jahit brother model GS2700

 
Satu unit entension wide table

 satu unit Bobbin box organizer beserta 25pcs bobbin 

PERCUMA satu alas mesin jahit dari Brother saiz kecil