I FOLLOW

Khamis, 3 April 2014

Kelas Kraftangan Felt : Part 3

Syukur alhamdulillah....
  pada 22 Mac 2014 yg lalu, berlangsung sudah

kelas felt membuat coin purse.
  kelas ini berlangsung pada hari pertama cuti persekolahan,
 dan rata-rata pelajar sekolah turut bersama-sama memeriahkan kelas ini.

untuk rekod, ini adalah kelas yang pertama di tahun 2014
dan yang ke - 3 selepas kelas yang sebelum & sebelumnya 

Untuk kelas ini, admin berkongsi kemahiran

 membuat "coin purse" dengan para pelajar.

sedikit kelainan untuk kelas ini, admin bawakan mesin "big shot".

Mesin big shot ini adalah aksesori tambahan untuk

para crafter untuk memudahkan cara 

kerja mereka. Dengan adanya mesin ini ,

sedikit sebanyak banyak masa dapat dijimatkan.








Dalam kelas ini juga, admin juga memberi tunjuk ajar

  kepada para pelajar cara-cara mengendalikan mesin ini. 

Untuk sesi ini admin tunjukkan juga cara-cara memotong huruf dengan 

menggunakan mesin big shot.

 Memang ada yang teruja kerana, terbukti mesin ini memudahkan kerja mereka.

Syabas dan tahniah kepada pelajar adik Najwa

kerana berjaya menyiapkan hasil kerja

dalam masa yang di tetapkan.


Terima kasih juga kepada Karysma Store 

yang memastikan kelas ini berjalan dengan lancar.

Terima kasih juga kepada para pelajar 

yang sudi meluangkan cuti sekolah mereka bersama ZBZ Craft.

Terima kasih juga kepada semua yang terlibat 

secara langsung atau tidak untuk kelas ini.

InsyaAllah jika ada rezeki berjumpa lagi .Amin