I FOLLOW

Memaparkan catatan dengan label Booth Craft. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Booth Craft. Papar semua catatan

Ahad, 15 Disember 2013

Jumble Sale 2013 Part 2


alhamdulillah.... pada 29 Nov 2013 yg lalu,
 selesai sudah menyertai booth Jumble Sale d Hospital Ampang...


act ini adalah booth yg ke-2 admin sertai d Hospital Ampang. 

nak taw details baca kat SINI






HOU JKSP Tn Hj Mohaidin, 
Tim. Pengarah Perubatan Dr Roosli & 
Mr ZBZ Craft 
En Zanurin (Lab) & Me
Pn Manisah
Mr PPK Wan

adik Ayer & kak Mia

Pn Fauziah (Unit Diet)

Pn Fauziah (Unit Hasil)

Pn Ros a.k.a Kak Mawar ( Daycare Unit)

Madam Teresha (ahli SUKARELAWAN)

Cik Ain & Cik Ida

Pn Anis

Pn Ila

Pn Ita & Pn Linda

lastly end greating cam biasa.....

terima kasih Ya Allah d beri kesihatan dan idea untuk bercraft.


terima kasih kepaa my famili yang memberi sokongan

terima kasih nak ucapkan kepada semua kerana sudi singgah di booth kami.

terima kasih kepada kawan2 yg turut serta memberi sokongan.

dan juga kepada semua rakan2 crafter dan rakan niaga.

InsyaAllah berjumpa lagi. Amin.

Wassalam...


Isnin, 16 September 2013

ZBZ Craft & PUSPANITA

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Hai apa khabar semua...

 mungkin ada yang ternanti-nantikan entri ini...sajer nak kasi hot.hu hu hu.

Pada 12 September yang lepas,  berkesempatan lagi  buka booth di Hospital Ampang. 

padahal last week pon dah buka booth juga.so on rekod now booth yang ke-3 lah nie.happy sangatttttttttt.
 
Ini bersempena dengan satu program yang dianjurkan oleh  

Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia 

atau dengan nama singkatannya  ( PUSPANITA ).



Program ini dikendalikan oleh PUSPANITA 

Cawangan Kecil Hospital Ampang bersama dengan ahli-ahlinya.

Program : Seminar Wanita "Penyejuk Mata, Penawar Hati"
Tempat : Auditorium Hospital Ampang
Tarikh : 12 September 2013





  Mungkin yang mana bekerja disektor awam pasti tahu kan PUSPANITA niee...

Di sini Admin nak kongsikan sedikit info about PUSPANITA : jom baca jap

Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia dengan nama singkatannya PUSPANITA, telah dilancarkan dengan rasminya pada 1 Mac 1983 oleh Penaung PUSPANITA yang pertama, Tun Dr. Siti Hasmah Binti Haji Mohd Ali. Di peringkat awal penubuhannya, PUSPANITA melalui pelbagai proses bagi melengkapkannya sebagai sebuah persatuan yang berdaftar dan diterima oleh semua pihak terutamanya di peringkat pengurusan atasan dan ahli-ahli.
Ahli-ahli Jawatankuasa protem ketika itu telah berusaha keras membentuk perlembagaan yang mengandungi butir-butir mengenai pertubuhan tersebut seperti visi, misi, tujuan penubuhan, keanggotaan serta tanggung-jawab Majlis Tertinggi (MT) dan Jawatankuasa Kerja Tertinggi (JKT). Bagi mengukuhkan kedudukan pertubuhan, Perlembagaan PUSPANITA telah menetapkan bahawa Isteri Perdana Menteri akan menjadi Penaung, Ketua Setiausaha Negara akan menjadi Penasihat dan dan isteri Ketua Setiausaha Negara adalah Yang Di Pertua kepada persatuan ini.
Satu lagi kejayaan yang amat dibanggakan adalah Rumah PUSPANITA di Jalan Hose, Kuala Lumpur dan PUSPANITAPURI sebagai pusat aktiviti dan mercu tanda kegemilangan. PUSPANITA juga mempunyai pakaian seragamnya yang tersendiri sebagai lambang penyatuan ahli-ahli. Pelbagai program dan aktiviti telah disusun dan dilaksanakan oleh PUSPANITA untuk mencapai visi dan misinya.
Antaranya adalah Rancangan Lima Tahun PUSPANITA, Tabung PUSPADARA PUSPANITA dan Tabung Latihan PUSPANITA. Kejayaan PUSPANITA adalah hasil kebijaksanaan kepimpinan penaung dan penasihatnya. Ini diikuti dengan kerjasama dan sokongan padu Majlis Tertinggi (MT), Jawatankuasa Kerja Tertinggi (JKT) serta warga PUSPANITA.






Dalam masa yang sama juga, Admin juga berkesempatan

 berkongsi ilmu serta kemahiran dengan ahli-ahli PUSPANITA dalam bidang kraftangan felt,

bukan sahaja dihadiri oleh ahlinya dari  Hospital Ampang, 

tetapi juga turut dihadiri oleh ahlinya dari

Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan juga Institute for Medical Research (IMR)

Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan. 

Tak sangka pula ader yang berminat nak sertai tutorial 

buat brooch bunga kemboja dua layer nie di segmen "Kemahiran di cari, poket berisi"

Walaupun program ini berlangsung setengahari sahaja, 

namum aktivitinya padat serta penuh dengan informasi.


Lastly nak ucapkan special thanks kepada Pn. Norhafizah 
selaku setiausaha PUSPANITA, di atas jemputan ini.

Terima kasih juga kepada semua AJK bertugas 

yang memang sporting memastikan kelancaran majlis serta
 orang perseorangan yang terlibat secara langsung atau tidak dan korang smua memang terbaikkkkkkkk.

Terima kasih juga kepada semua ahli-ahli PUSPANITA yang memang sporting gilerrr.

Terima kasih juga kepada Pn. Ida tukang amik gambo.

Next time, jika ada peluang kita buat kelas kraftangan felt pula.

dan terima kasih sudi singgah at my booth & yang paling happy dapat nie

terima kasih Dr. Jamelaa, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Hospital Ampang

Semoga berjumpa lagi next time. InsyaALLAH. Amin.

Terima Kasih Daun Keladi,
Next Time Jemput lagi.

terima kasih juga kerana sudi baca n3 ini
tq too our silent reader



Rabu, 11 September 2013

SMKTD2 The Best

Pada 7 September 2013 yang lepas, 

selesai sudah buka booth di SMK Taman Desa 2 

Bandar Country Homes Rawang Selangor.

Booth ini dianjurkan bersempena dengan satu program yang dianjurkan

Ini adalah kali ke-2 meng'joint'kan diri buka booth.

Bila plan nak buka booth mestilah targetnya kepada siapa kan.

Yang pasti keychain dan seangkatan dengannya 

adalah item yang senang untuk dijual

dan harga pon amat-amat berpatotan untuk pelajar.

sambutan yang diberikan memang "wow" sangat oleh para pelajar,

guru-guru serta ibubapa terhadap booth kami. 

yang bestnyer bila melihat gelagat para pelajar 

yang pasti berulang-ulang kali lalu lalang depan booth kami 
 
kerana handymade kami berjaya menawan mata mereka ,mood perasan

Memang seronok tidak terkata dek melayan karenah mereka. 

Secara tidak langsungnya dapat memperkenalkan lagi 

brand handymade kami kepada mereka.





nak ucapkan special thanks Cikgu Rosliza 
(urusetia tapak, terima kasih cikgu coz bagi good location) , 

Cikgu Zarinah dah juga a few pelajar yang tolong angkut barang craft kami.

terima kasih diatas kerjasama yang diberikan.



  akhir kata

syukur kehadrat Ilahi diatas peluang yang diberikan. 

Syukur juga diberikan kesihatan yang baik serta idea untuk bercraft,

tidak lupa juga kepada our my family, kekawan, rakan-rakan crafter,

all my business partner yang selalu memberi sokongan serta dorongan. 

tanpa anda kami tidak sampai ketahap ini. 
 maaf  jika ayat macam skema, adakalanya kita perlu menghargai orang disekeliling kita

Terima kasih juga semua warga SMKTD2 serta PIBG 

yang singgah di booth kami.
 
InsyaAllah jika diberi peluang serta kesempatan akan berjumpa lagi. Amin

SMKD2 The Best 

Jumaat, 30 Ogos 2013

ZBZ Craft at Program CERIATHON SMKTD2


salam sejahtera kepada semua

untuk makluman, ZBZ Craft akan buka craft booth:

Tarikh : 7 September 2013 ( Sabtu )

Masa : 8 pagi - 2 petang

Jalan Desa Jaya
Bandar Country Homes 
48000 Rawang 
Selangor Darul Ehsan


Kepada yang tinggal di sekitarnya  jemput datang semua untuk memeriahkan suasana. Seperti biasa ZBZ Craft akan menjual pelbagai keychain, kotak tisu felt, bantal bunga felt, ZBZ Kit dan juga mesin jahit brother GS2700.

JUMPA ANDA DI SANA


Sedikit maklumat tambahan:

 Tujuan utama Program CERITHON 2013 ini diadakan untuk mengutip dana 

bagi tujuan pembinaan sebuah dewan terbuka untuk kegunaan  perhimpunan , 

aktiviti kokurikulum dan lain-lain. 

Kos anggaran untuk pembinaan dewan ini adalah RM 200 000.00. 

Semoga program ini dapat merialisasikan impian serta hajat SMKTD2 

untuk memiliki sebuah dewan nanti. 

Oleh itu juga peranan PIBG sekolah juga perlu dalam menjayakan program ini. 

Akhir kata semoga SMKTD2 terus maju jaya dan SMKTD2 The Best.