I FOLLOW

Rabu, 11 September 2013

SMKTD2 The Best

Pada 7 September 2013 yang lepas, 

selesai sudah buka booth di SMK Taman Desa 2 

Bandar Country Homes Rawang Selangor.

Booth ini dianjurkan bersempena dengan satu program yang dianjurkan

Ini adalah kali ke-2 meng'joint'kan diri buka booth.

Bila plan nak buka booth mestilah targetnya kepada siapa kan.

Yang pasti keychain dan seangkatan dengannya 

adalah item yang senang untuk dijual

dan harga pon amat-amat berpatotan untuk pelajar.

sambutan yang diberikan memang "wow" sangat oleh para pelajar,

guru-guru serta ibubapa terhadap booth kami. 

yang bestnyer bila melihat gelagat para pelajar 

yang pasti berulang-ulang kali lalu lalang depan booth kami 
 
kerana handymade kami berjaya menawan mata mereka ,mood perasan

Memang seronok tidak terkata dek melayan karenah mereka. 

Secara tidak langsungnya dapat memperkenalkan lagi 

brand handymade kami kepada mereka.





nak ucapkan special thanks Cikgu Rosliza 
(urusetia tapak, terima kasih cikgu coz bagi good location) , 

Cikgu Zarinah dah juga a few pelajar yang tolong angkut barang craft kami.

terima kasih diatas kerjasama yang diberikan.



  akhir kata

syukur kehadrat Ilahi diatas peluang yang diberikan. 

Syukur juga diberikan kesihatan yang baik serta idea untuk bercraft,

tidak lupa juga kepada our my family, kekawan, rakan-rakan crafter,

all my business partner yang selalu memberi sokongan serta dorongan. 

tanpa anda kami tidak sampai ketahap ini. 
 maaf  jika ayat macam skema, adakalanya kita perlu menghargai orang disekeliling kita

Terima kasih juga semua warga SMKTD2 serta PIBG 

yang singgah di booth kami.
 
InsyaAllah jika diberi peluang serta kesempatan akan berjumpa lagi. Amin

SMKD2 The Best 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan