I FOLLOW

Memaparkan catatan dengan label Kelas Felt. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kelas Felt. Papar semua catatan

Isnin, 15 September 2014

Kelas Kraftangan Felt : Part 4

syukur alhamdulillah....

pd 13 September 2014 yg lalu, 

selesai sudah kelas asas  felt sempena cuti persekolahan yang

 bertempat di Karysma Store.

 untuk makluman semua ini adalah kelas yang - 4 

(klik untuk kelas yang  sebelum, sebelum & sebelumnya)

untuk kelas ini para peserta di ajar cara-cara membuat keychain serta brooch.

Alhamdulillah sambutannya amat bagus.

 para peserta di dedahkan dengan penggunaan kain felt 

sebagai bahan untuk membuat kraftangan. 

Antara hasil kraftangan yg sempat di pelajari oleh peserta 

adalah Brooch Bunga Kemboja Dua Layer, 

Kecyain Love serta Keychain Donut Bermanik yg di req special








Inilah kelainan yang cuba di hasilkan untuk kelas ini. 

Sepanjang kelas ini berlangsung,

 para peserta juga teruja dengan hasil kraftangan yang di hasilkan

 dan ada diantaranya tidak mempunyai asas dalam bidang  jahitan.

Berkat gigih dan kesabaran, alhamdulillah semua peserta

dapat menyiapkan semua hasil

 kraftangan sebelum balik. Tahniah kepada semua.


Lastly nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Karysma Store yang memastikan 

kelancaran kelas ini. 

Terima kasih juga kepada semua para peserta 

yang meluangkan hujung minggu anda 

untuk bersama-sama mempelajari sesuatu yang baru dalam hidup anda.

Terima kasih juga kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak.

Terima Kasih Terima Kasih Terima kasih.

InsyaAllah ada rezeki berjumpa lagi. Amin.

Sabtu, 6 September 2014

Kelas Seni Felt

salam sejahtera semua.

di maklumlan, pd 13 September 2014 nanti,

ZBZ Craft akan menganjurkan kelas felt sempena cuti sekolah,

bertempat di Karysma Store.



kepada yang berminat sila hubungi nombor yang tertera.

terima kasih

Khamis, 3 April 2014

Kelas Kraftangan Felt : Part 3

Syukur alhamdulillah....
  pada 22 Mac 2014 yg lalu, berlangsung sudah

kelas felt membuat coin purse.
  kelas ini berlangsung pada hari pertama cuti persekolahan,
 dan rata-rata pelajar sekolah turut bersama-sama memeriahkan kelas ini.

untuk rekod, ini adalah kelas yang pertama di tahun 2014
dan yang ke - 3 selepas kelas yang sebelum & sebelumnya 

Untuk kelas ini, admin berkongsi kemahiran

 membuat "coin purse" dengan para pelajar.

sedikit kelainan untuk kelas ini, admin bawakan mesin "big shot".

Mesin big shot ini adalah aksesori tambahan untuk

para crafter untuk memudahkan cara 

kerja mereka. Dengan adanya mesin ini ,

sedikit sebanyak banyak masa dapat dijimatkan.








Dalam kelas ini juga, admin juga memberi tunjuk ajar

  kepada para pelajar cara-cara mengendalikan mesin ini. 

Untuk sesi ini admin tunjukkan juga cara-cara memotong huruf dengan 

menggunakan mesin big shot.

 Memang ada yang teruja kerana, terbukti mesin ini memudahkan kerja mereka.

Syabas dan tahniah kepada pelajar adik Najwa

kerana berjaya menyiapkan hasil kerja

dalam masa yang di tetapkan.


Terima kasih juga kepada Karysma Store 

yang memastikan kelas ini berjalan dengan lancar.

Terima kasih juga kepada para pelajar 

yang sudi meluangkan cuti sekolah mereka bersama ZBZ Craft.

Terima kasih juga kepada semua yang terlibat 

secara langsung atau tidak untuk kelas ini.

InsyaAllah jika ada rezeki berjumpa lagi .Amin

Sabtu, 14 Disember 2013

Kelas Kraftangan Felt : Part 2

syukur alhamdulillah....

pada 24 Nov 2013 yg lalu, berlangsung sudah

kelas felt membuat sarung bantal bunga felt.

ini adalah kelas kraf yang ke-2 selepas kelas asas felt minggu lepas.

pada kelas ini para pelajar di ajar cara membuat bunga felt dari A - Z.

bersama para peserta
act bila dah tahu kaedah membuatnya jadi senang sahaja. xler rumit sgt pon. 

jika xd gilap bakat, macam mana kemahiran itu hendak d tunjukkan.

secara keseluruhannya para peserta berjaya mempelajari

cara membuat bunga ini dengan betul

 walaupun ada yang belum siap d akhir kelas.










syabas juga kepada para pelajar yang cuba untuk menyiapkan

dalam masa yang d tetapkan.

sesungguhnya kemahiran yang saya miliki ini untuk d kongsi bersama,

semoga perkongsian ilmu ini memberi manfaat kepada semua.

Tahniah d ucapkan pelajar saya Pn Yasmin, peserta pertama

yang berjaya menyiapkan sarung bantal bunga felt ini.

Pn Yasmin dan hasil kerjanya
free gift majalah dara.com
Sebagai tanda penghargaan dari ZBZ Craft, jd dpt free gift majalah dara.com 

lastly nak ucapkan ribuan terima kasih Karysma Store yang memastikan

kelas berjalan dengan lancar.
terima kasih d atas kerjasama yang d berikan. 

terima kasih juga kepada para pelajar 

yang meluangkan masa d hujung minggu untuk bersama ZBZ Craft.

insyaAllah ada rezeki berjumpa lagi. amin

untuk more picture klik SINI

Khamis, 21 November 2013

Kelas Kraftangan Felt : Part 1

alhamdulillah pada 17 November 2013 yang lalu, 

selesai sudah mengendalikan kelas asas kraft dengan kerjasama Karysma Store.

actually ini adalah pertama kali ZBZ Craft mengendalikan kelas kraft felt ini,

setelah 2 tahun bergiat aktif dalam dunia felt ini. 

kebetulan dengan cuti sekolah, ada juga pelajar sekolah 

yang turut menghadirinya untuk bersama-sama memeriahkan kelas ini.

untuk kelas ini admin berkongsi kemahiran dalam 

membuat brooch bunga kemboja dua tone, hp starp love dan keychain owl. 

walaupon masa yang d anggarkan hanya 3 jam sahaja,

namum terpaksa dxtend 30 minit lagi dek 

kerana untuk menyiapkan kesemua pattern yang di ajar.

bersama barisan pelajar






Tahniah Ana



terima kasih di ucapkan kepada semua kerana

 menjayakan kelas ini. tak lupa juga nak ucapkan

 tahniah kepada Juziana Binti Abd Satar

d nobatkan sebagai pelajar terbaik 

untuk kelas ini. Tahniah.

Akhir sekali ucapan ribuan terima kasih 

kepada penganjur Karysma Store yang 

memastikan kelas ini berjalan dengan lancar.

InsyaAllah jika ada rezeki berjumpa lagi .Amin