I FOLLOW

Memaparkan catatan dengan label First Booth. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label First Booth. Papar semua catatan

Isnin, 1 April 2013

My First Booth 2013

Syukur alhamdulillah ku panjat ke hadrat Ilahi.

Alhamdulillah selesai sudah.

Untuk makluman pada  29 March 2013 lepas, selesai sudah buka booth at Hospital Ampang.

Ini adalah pertama kali ZBZ Craft buka both, setelah setahun sudah ber'online'.

Kesempatan yang berikan ini secara tidak langsungnya dapatlah bersua muka dengan 

peminat-peminat crafter serta berkongsi pengalaman. 

Walaupun booth ini sehari sahaja tetapi banyak kenangan serta pengalaman yang dipelajari.

Ini semua dapat dijadikan kayu pengukur untuk dimasa hadapan.

Sebenarnya banyak cerita yang hendak dikongsikan. 

Maklumlah pertama kali buka booth.

Dari segi persiapan memang telah di atur rapi sejak tiga bulan yang lepas. 

Dari segi mencari materials, idea serta, marketing. 

Memandangkan Admin part time crafter,

 masa terluang banyak dihabiskan untuk membuat kerja-kerja craft.

 Sebab itulah ada a few order tidak dapat diambil kerana terlalu fokus untuk booth ini. 

Secara jujurnya memamg penat teramat sangat keran A to Z semua Admin yang buat.
Tetapi hasilnya amat berpuas hati.




Semasa booth dijalankan Admin juga sempat mempromosikan mesin jahit brother GS2700

sertamenunjukkan kemahiran menjahit.

Terima kasih  my customer.








Tidak lupa juga nak ucapkan terima kasih juga yang sudi singgah at my booth





 


Akhir kata dari Admin,

ku panjat kesyukuran kehadrat Ilahi kerana diberi peluang serta kesihatan yang baik untuk bercraft.

Terima kasih juga kepada my famili yang selalu menyokong ZBZ Craft,

serta rakan- rakan yang membantu sepanjang booth tersebut.

Tidak lupa juga kepada all my business partner sudi melayan karenah saya.

Terima kasih yang tidak terhingga diatas sokongan serta kerjasama anda semua.

Insya Allah jika diberi kelapangan serta rezeki akan berjumpa lagi, amin.

Tq Allah.

Rabu, 20 Mac 2013

Jumbo Sales 2013

Hai Salam sejahtera kepada semua

diharapkan semuanya sihat sejahtera selalu.

mintak maaf lah amat jarang update status kat sini,

 sibuk memanjang dengan kerja yang tak habis- habis. 

Sebanarnya hari ini admin nak kongsi cerita sikit. maaf ya bukan gossip tau.

Nak cerita kepada semua, ZBZ Craft akan sertai :

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Anjuran Jabatan Perubatan AM Hospital Ampang

Lokasi : Lobi Aras 2, Hospital Ampang, Jalan Mewah Utara, 68000 Ampang Selangor

Tarikh : 29  March 2013 ( Jumaat )

Masa : 8.30pagi - 4.30petang


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Kepada yang dapat meluangkan masa anda juga boleh menghulurkan sumbangan untuk tabung pesakit Hospital Ampang dalam bentuk makanan, pakaian, peralatan rumah dan sebagainya.

Untuk rekod,  ini adalah pertama kali ZBZ Craft buka booth setelah setahun lebih berniaga dalam online ini. Jadi dapatlah bersua muka......


ini antara yang sudah siap. untuk yang lain tunggu next entry. happy feeling