I FOLLOW

Khamis, 26 September 2013

Keychain Owl with Polkadot untuk baby Damiya

hai salam sejahtera semuo.

moga-moga sihat sejahtera selalu.

untuk hari nie nak share buat keychain owl.

act mmg dah selalu buat keychain nie tp fabrik jer berlainan.

untuk design nie utk bahagian perut owl sahaja digunakan felt polkadot.

nampaklah ader kelainan sikit kan. xler boring. tp ader gak my cust  kater ai guna marker pen... adoiiiiiiii

act keychain nie special tuk tetamu pada hari kesyukuran baby Damiya nanti.

Uncle doakan semoga majlis nanti berjalan dengan lancar .Amin.





keychain owl with polkodot
materials poly felt &  arcylic felt

kepada yang berminat jom order now

Isnin, 16 September 2013

ZBZ Craft & PUSPANITA

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Hai apa khabar semua...

 mungkin ada yang ternanti-nantikan entri ini...sajer nak kasi hot.hu hu hu.

Pada 12 September yang lepas,  berkesempatan lagi  buka booth di Hospital Ampang. 

padahal last week pon dah buka booth juga.so on rekod now booth yang ke-3 lah nie.happy sangatttttttttt.
 
Ini bersempena dengan satu program yang dianjurkan oleh  

Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia 

atau dengan nama singkatannya  ( PUSPANITA ).



Program ini dikendalikan oleh PUSPANITA 

Cawangan Kecil Hospital Ampang bersama dengan ahli-ahlinya.

Program : Seminar Wanita "Penyejuk Mata, Penawar Hati"
Tempat : Auditorium Hospital Ampang
Tarikh : 12 September 2013





  Mungkin yang mana bekerja disektor awam pasti tahu kan PUSPANITA niee...

Di sini Admin nak kongsikan sedikit info about PUSPANITA : jom baca jap

Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia dengan nama singkatannya PUSPANITA, telah dilancarkan dengan rasminya pada 1 Mac 1983 oleh Penaung PUSPANITA yang pertama, Tun Dr. Siti Hasmah Binti Haji Mohd Ali. Di peringkat awal penubuhannya, PUSPANITA melalui pelbagai proses bagi melengkapkannya sebagai sebuah persatuan yang berdaftar dan diterima oleh semua pihak terutamanya di peringkat pengurusan atasan dan ahli-ahli.
Ahli-ahli Jawatankuasa protem ketika itu telah berusaha keras membentuk perlembagaan yang mengandungi butir-butir mengenai pertubuhan tersebut seperti visi, misi, tujuan penubuhan, keanggotaan serta tanggung-jawab Majlis Tertinggi (MT) dan Jawatankuasa Kerja Tertinggi (JKT). Bagi mengukuhkan kedudukan pertubuhan, Perlembagaan PUSPANITA telah menetapkan bahawa Isteri Perdana Menteri akan menjadi Penaung, Ketua Setiausaha Negara akan menjadi Penasihat dan dan isteri Ketua Setiausaha Negara adalah Yang Di Pertua kepada persatuan ini.
Satu lagi kejayaan yang amat dibanggakan adalah Rumah PUSPANITA di Jalan Hose, Kuala Lumpur dan PUSPANITAPURI sebagai pusat aktiviti dan mercu tanda kegemilangan. PUSPANITA juga mempunyai pakaian seragamnya yang tersendiri sebagai lambang penyatuan ahli-ahli. Pelbagai program dan aktiviti telah disusun dan dilaksanakan oleh PUSPANITA untuk mencapai visi dan misinya.
Antaranya adalah Rancangan Lima Tahun PUSPANITA, Tabung PUSPADARA PUSPANITA dan Tabung Latihan PUSPANITA. Kejayaan PUSPANITA adalah hasil kebijaksanaan kepimpinan penaung dan penasihatnya. Ini diikuti dengan kerjasama dan sokongan padu Majlis Tertinggi (MT), Jawatankuasa Kerja Tertinggi (JKT) serta warga PUSPANITA.






Dalam masa yang sama juga, Admin juga berkesempatan

 berkongsi ilmu serta kemahiran dengan ahli-ahli PUSPANITA dalam bidang kraftangan felt,

bukan sahaja dihadiri oleh ahlinya dari  Hospital Ampang, 

tetapi juga turut dihadiri oleh ahlinya dari

Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan juga Institute for Medical Research (IMR)

Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan. 

Tak sangka pula ader yang berminat nak sertai tutorial 

buat brooch bunga kemboja dua layer nie di segmen "Kemahiran di cari, poket berisi"

Walaupun program ini berlangsung setengahari sahaja, 

namum aktivitinya padat serta penuh dengan informasi.


Lastly nak ucapkan special thanks kepada Pn. Norhafizah 
selaku setiausaha PUSPANITA, di atas jemputan ini.

Terima kasih juga kepada semua AJK bertugas 

yang memang sporting memastikan kelancaran majlis serta
 orang perseorangan yang terlibat secara langsung atau tidak dan korang smua memang terbaikkkkkkkk.

Terima kasih juga kepada semua ahli-ahli PUSPANITA yang memang sporting gilerrr.

Terima kasih juga kepada Pn. Ida tukang amik gambo.

Next time, jika ada peluang kita buat kelas kraftangan felt pula.

dan terima kasih sudi singgah at my booth & yang paling happy dapat nie

terima kasih Dr. Jamelaa, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Hospital Ampang

Semoga berjumpa lagi next time. InsyaALLAH. Amin.

Terima Kasih Daun Keladi,
Next Time Jemput lagi.

terima kasih juga kerana sudi baca n3 ini
tq too our silent reader



Rabu, 11 September 2013

SMKTD2 The Best

Pada 7 September 2013 yang lepas, 

selesai sudah buka booth di SMK Taman Desa 2 

Bandar Country Homes Rawang Selangor.

Booth ini dianjurkan bersempena dengan satu program yang dianjurkan

Ini adalah kali ke-2 meng'joint'kan diri buka booth.

Bila plan nak buka booth mestilah targetnya kepada siapa kan.

Yang pasti keychain dan seangkatan dengannya 

adalah item yang senang untuk dijual

dan harga pon amat-amat berpatotan untuk pelajar.

sambutan yang diberikan memang "wow" sangat oleh para pelajar,

guru-guru serta ibubapa terhadap booth kami. 

yang bestnyer bila melihat gelagat para pelajar 

yang pasti berulang-ulang kali lalu lalang depan booth kami 
 
kerana handymade kami berjaya menawan mata mereka ,mood perasan

Memang seronok tidak terkata dek melayan karenah mereka. 

Secara tidak langsungnya dapat memperkenalkan lagi 

brand handymade kami kepada mereka.





nak ucapkan special thanks Cikgu Rosliza 
(urusetia tapak, terima kasih cikgu coz bagi good location) , 

Cikgu Zarinah dah juga a few pelajar yang tolong angkut barang craft kami.

terima kasih diatas kerjasama yang diberikan.



  akhir kata

syukur kehadrat Ilahi diatas peluang yang diberikan. 

Syukur juga diberikan kesihatan yang baik serta idea untuk bercraft,

tidak lupa juga kepada our my family, kekawan, rakan-rakan crafter,

all my business partner yang selalu memberi sokongan serta dorongan. 

tanpa anda kami tidak sampai ketahap ini. 
 maaf  jika ayat macam skema, adakalanya kita perlu menghargai orang disekeliling kita

Terima kasih juga semua warga SMKTD2 serta PIBG 

yang singgah di booth kami.
 
InsyaAllah jika diberi peluang serta kesempatan akan berjumpa lagi. Amin

SMKD2 The Best 

Selasa, 10 September 2013

Kotak Tisu Felt : Bunga Meletop


hai apa khabar semua. semoga semuanya sejahtera selalu

hari jom layan lagi kotak tisu felt bunga meletop

yang sememengnya cantik n kiut miut

memang wow n wow kan.

jenuh juga nak jahit nie

so anyway mmg puas hati bila dah siap

untuk makluman semua, bunga ini di jahit sepenuhnya pada body kotak tisu 

satu demi persatu dan dicantumkan, 

maka dengan itu terhasillah bunga yang seperti mekar dihati




Nama Design : Kotak Tisu Felt Bunga Meletop
Isian 200pcs tisu
Materials : Poly Felt, Soft Poly
FREE dengan tisunya sekali
Harga :  RM60.00

Happy enjoy viewving

Isnin, 9 September 2013

Kotak Tisu Felt : Moo


Salam sejahtera kepada semua. hari nie masih lagi kepenatan

act order nie dah siap sebelum buka booth at SMKTD2 tempoh hari. 

kerana kekangan masa ader post yg terdelay sikit. 

hopefully my cust puas hati 

order nie jauh nun  seberang laut sana

didedikasikan untuk teman tersayang.

 

Nama Design : Kotak Tisu Felt Moo
Isian untuk 200pcs tisu
Materials : Poly Felt
FREE dengan tisunya sekali.
Harga : RM30.00

kepada yang berminat jom order

Happy enjoy viewving

Ahad, 8 September 2013

Brooch Bunga Rose

sebelum ini dah pernah buat brooch 

tapi untuk brooch bunga rose ini adalah pertama kali buat.

cantik dipandang tapi sukar untuk membentuknya.

kesabaran amat diperlukan untuk menghasilkan brooch ini.

barulah hasilnya cantik n kiut miut

bila dah siap gulung-gulung sambil guling guling

barulah lekatkan dengan gam UHU n muah sangat hasilnya.


Bunga Rose Felt Saiz Besar
Materials : Arcylic felt

yang berminat nak order jom lerr


Jumaat, 6 September 2013

Minggu ini masih mood bz lagi

Dari minggu lepas hingga minggu ini masih dalam keadaan bz.
terlalu aktif sangat, rasanya mcm dah muscle ckit jer pd lengan nih.

inilah rutin kerja harian dalam mengisi masa yang teramat lapang.

act bz tu bagus coz ader xtviti tuk d buat. tp jgn buat2 bz mmg xder faedahnya

mungkin keadaan ini akan lagi berlarutan hingga next week.
aduh penatnyer jari-jemari ini.


xder k spa tuk jari nih....

kepada yang nak order boleh lagi nak order, tp Q ckit jerr.


Ahad, 1 September 2013

Hari Baca Buku


Bilakah agaknya hari terakhir membaca buka? 

Bila diingat memang pernah baca buku 

untuk mencari maklumat, 

menambah pengetahuan serta untuk persediaaan ambil "exam".

 Tapi buku yang ini pula untuk menambah kemahiran berkomunikasi.

Baca tajuk dah naik gerun, 

kerana tidak semua orang mampu untuk memberi komunikasi 

(pengucapan awam) dikhalayak ramai dengan baik 

dan sempurna ( mengikut intonasi, gaya bahasa dan sebagainya ). 

Oleh itu kemahiran perlu diasah dan 

bakat perlu ditonjolkan supaya cara penyampaian anda membuatkan

 audience terlopong berminat mendengarnya.

Bersetuju sangat dengan idea pengarang :

"dalam menuju pengucapan awam yang baik, anda perlu yakin bahawa tidak ada ucapan yang sempurna. Salah sebutan, hilang memori dan fakta sememangnya berlaku ketika menyampaikan ucapan. Tidak ada ucapan yang begitu sempurna. Oleh itu, anda tidak perlu rasa gusar sekiranya ada kesalahan-kesalahan kecil semasa anda menyampaikan ucapan"

Lega sikit rasa gementar apabila pengarang kata macam tu. 

Tapi cuak-cuak ader lagi nih. 

Tapi adakah mampu ZBZ Craft mengharungi cabaran ini.

 Jumpa di entri seterusnya nanti.