I FOLLOW

Isnin, 16 September 2013

ZBZ Craft & PUSPANITA

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Hai apa khabar semua...

 mungkin ada yang ternanti-nantikan entri ini...sajer nak kasi hot.hu hu hu.

Pada 12 September yang lepas,  berkesempatan lagi  buka booth di Hospital Ampang. 

padahal last week pon dah buka booth juga.so on rekod now booth yang ke-3 lah nie.happy sangatttttttttt.
 
Ini bersempena dengan satu program yang dianjurkan oleh  

Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia 

atau dengan nama singkatannya  ( PUSPANITA ).



Program ini dikendalikan oleh PUSPANITA 

Cawangan Kecil Hospital Ampang bersama dengan ahli-ahlinya.

Program : Seminar Wanita "Penyejuk Mata, Penawar Hati"
Tempat : Auditorium Hospital Ampang
Tarikh : 12 September 2013





  Mungkin yang mana bekerja disektor awam pasti tahu kan PUSPANITA niee...

Di sini Admin nak kongsikan sedikit info about PUSPANITA : jom baca jap

Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia dengan nama singkatannya PUSPANITA, telah dilancarkan dengan rasminya pada 1 Mac 1983 oleh Penaung PUSPANITA yang pertama, Tun Dr. Siti Hasmah Binti Haji Mohd Ali. Di peringkat awal penubuhannya, PUSPANITA melalui pelbagai proses bagi melengkapkannya sebagai sebuah persatuan yang berdaftar dan diterima oleh semua pihak terutamanya di peringkat pengurusan atasan dan ahli-ahli.
Ahli-ahli Jawatankuasa protem ketika itu telah berusaha keras membentuk perlembagaan yang mengandungi butir-butir mengenai pertubuhan tersebut seperti visi, misi, tujuan penubuhan, keanggotaan serta tanggung-jawab Majlis Tertinggi (MT) dan Jawatankuasa Kerja Tertinggi (JKT). Bagi mengukuhkan kedudukan pertubuhan, Perlembagaan PUSPANITA telah menetapkan bahawa Isteri Perdana Menteri akan menjadi Penaung, Ketua Setiausaha Negara akan menjadi Penasihat dan dan isteri Ketua Setiausaha Negara adalah Yang Di Pertua kepada persatuan ini.
Satu lagi kejayaan yang amat dibanggakan adalah Rumah PUSPANITA di Jalan Hose, Kuala Lumpur dan PUSPANITAPURI sebagai pusat aktiviti dan mercu tanda kegemilangan. PUSPANITA juga mempunyai pakaian seragamnya yang tersendiri sebagai lambang penyatuan ahli-ahli. Pelbagai program dan aktiviti telah disusun dan dilaksanakan oleh PUSPANITA untuk mencapai visi dan misinya.
Antaranya adalah Rancangan Lima Tahun PUSPANITA, Tabung PUSPADARA PUSPANITA dan Tabung Latihan PUSPANITA. Kejayaan PUSPANITA adalah hasil kebijaksanaan kepimpinan penaung dan penasihatnya. Ini diikuti dengan kerjasama dan sokongan padu Majlis Tertinggi (MT), Jawatankuasa Kerja Tertinggi (JKT) serta warga PUSPANITA.






Dalam masa yang sama juga, Admin juga berkesempatan

 berkongsi ilmu serta kemahiran dengan ahli-ahli PUSPANITA dalam bidang kraftangan felt,

bukan sahaja dihadiri oleh ahlinya dari  Hospital Ampang, 

tetapi juga turut dihadiri oleh ahlinya dari

Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan juga Institute for Medical Research (IMR)

Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan. 

Tak sangka pula ader yang berminat nak sertai tutorial 

buat brooch bunga kemboja dua layer nie di segmen "Kemahiran di cari, poket berisi"

Walaupun program ini berlangsung setengahari sahaja, 

namum aktivitinya padat serta penuh dengan informasi.


Lastly nak ucapkan special thanks kepada Pn. Norhafizah 
selaku setiausaha PUSPANITA, di atas jemputan ini.

Terima kasih juga kepada semua AJK bertugas 

yang memang sporting memastikan kelancaran majlis serta
 orang perseorangan yang terlibat secara langsung atau tidak dan korang smua memang terbaikkkkkkkk.

Terima kasih juga kepada semua ahli-ahli PUSPANITA yang memang sporting gilerrr.

Terima kasih juga kepada Pn. Ida tukang amik gambo.

Next time, jika ada peluang kita buat kelas kraftangan felt pula.

dan terima kasih sudi singgah at my booth & yang paling happy dapat nie

terima kasih Dr. Jamelaa, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Hospital Ampang

Semoga berjumpa lagi next time. InsyaALLAH. Amin.

Terima Kasih Daun Keladi,
Next Time Jemput lagi.

terima kasih juga kerana sudi baca n3 ini
tq too our silent reader



Tiada ulasan:

Catat Ulasan