I FOLLOW

Jumaat, 29 Jun 2012

Kau Ilham Kuuuu.....

Salam sejahtera kepada semua dan selamat hari Jumaat.

 Semoga semuanya berada didalam keadaan sihat sejahtera.

 Untuk kali nie lbh kurang sama dengan sebelum nie bantal felt.

 Masih lg saiz seperti biasa 40cm x 40cm.

Design nie mmg sesuai tuk org sedang bercinta sakan. 

Kepada semua happy viewving n slmt berangan.......








Sabtu, 16 Jun 2012

Ku Pinang Kau Dengan Bismillah...

Salam sejahtera kepada pembaca setia blog ZBZ Craft. 

Diharapkan semuanya sihat sejahtera selalu walaupun hari nie masih lagi berjerebu 

terutamanya diLembah Klang. Selamat hari Sabtu n selamat berhujung minggu. 

Untuk hari ini Admin nak berkongsi membuat bantal mini letak cincin

(maaf x tau nak bgnama aper)sesuai untuk mejlis bertunang or mejlis kawin. 

Bantal mini ini bersaiz 20cmx20cm. 

Disekeliling bantal tersebut dihiasi dengan butang bulat pelbagai saiz . 

butang tersebut digam sahaja senang citer cikit kan nak membuatnyer kerana taburan 

butang tersebut dibuat random sahaja.

 Untuk bahagian tengah hati tersebut diletakkan riben untuk mengikat cincin .

Untuk membuatkan cincin tersebut statik sahaja semasa atas bantal mini, 

Admin letakkan butang bulat yang dijahit bersama riben tersebut supaya cincin tersebut 

lebih menonjol serta menyerlah. 

Untuk makluman, cincin tersebut milik Admin jgn salah sangka yerk.

Jika berminat nak order dipersilakan.

 Happy viewving sambil verangan

 lalalala....







Khamis, 14 Jun 2012

Sepit Rambut Felt

Salam sejahtera dan selamat hari khamis.

Moga2 semuanya sihat sejahtera selalu.

Untuk hari nie just nak share membuat sepit rambut felt.

Actually senang jer nak membuatnyer. Sepit rambut boleh dibeli dimana2 kedai aksesori wanita. 

Untuk bunga just create jer. E2 pon tiru dr internet.....

Tp x tau ler pula nama aper bunga nie... main buatjer

Happy viewving





Khamis, 7 Jun 2012

Jom Masuk 'U'....

Salam sejahtera kepada semua dan selamat hari khamis.
Moga-moga semuanya sihat sejahtera selalu.

Untuk hari nie Admin nak berkongsi membuat bantal mini felt yang bersaiz 40cm x 25cm.

Act nak buat bantal senang sahaja tp yang rumitnyer jika ader logo, mencabar lah jugak.

Untuk bhgn blkg bantal kosong jer. Ehh sblm tu tau x nie logo 'U' maner?

Ini adalah logo untuk " Open University Malaysia" @ OUM. 

Al maklumlah kan skrg nie musim bebudak masuk 'U' .

Happy viewving.....